---Kisah Malaikat Mahu Membalas Dendam---
Jibril berkata kepada nabi sallallahu ‘alaihi wassalam:
“Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu kepada mu serta tindakan mereka kepadamu. Allah mengutuskan kepadamu malaikat bukit supaya engkau arahkan dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka”.
Malaikat bukit berkata kepada nabi sallallahu ‘alaihi wassalam:
“Hai Muhammad, apa yang kamu mahu? Kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka bukit al-Akhsyabayn (dua buah bukit di Mekah), nescaya akan aku lakukan!”
Jawab nabi sallallahu ‘alaihi wassalam: “Malah aku mengharapkan agar Allah s.w.t mengeluarkan daripada sulbi mereka keturunan orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata dan tidak mensyirikkannya”.
----------------------
Mulia sungguh akhlakmu ya Rasulullah. Engkau membalas tuba yang mereka sirami, dengan susu yang manis lagi menyegarkan. Engkau membalas cercaan mereka dengan doa yang melembutkan.
Subhanaallah...lepas baca ni, rasa rindu pada kekasihMu makin menebal Ya Rahim. Ya Allah, sampaikan salamku untuk baginda. Tolong khabarkan pada baginda, aku sungguh rindu! Sungguh!
[sumber rujukan: ar-Raheeq al-Makhtum oleh Shaikh Safiurrahman al-Mubarakfuri, edisi terjemahan bertajuk: Sirah Nabawiah, terbitan YADIM]
No comments:
Post a Comment